Tuesday, May 3, 2011

PASU KRAF-HANDMADE

Assalamualaikum wbt & Salam 1 Malaysia,

Kebiasaannya suratkhabar lama akan dibuang, dibakar atau digunakan sebagai alas ketika membuat kerja-kerja rumah. Ada juga digunakan untuk membungkus barangan seperti pinggan,gelas dan tak kurang juga yang menyimpan suratkhabar terpilih..bukan semua ya...yang berkenaan sahaja. Bagi yang mencintai alam sekitar pula akan menghantar suratkhabar lama tersebut ke tempat kitar semula. DAN ada juga yang menjual semula suratkhabar tersebut..dapatla duit sikit-sikit.

Bagi yang kreatif, suratkhabar pun boleh dijadikan sebagai kraftangan seperti bakul dan pasu. Bukan sahaja cantik tetapi juga dapat memelihara alam sekitar daripada lambakan suratkhabar. Memang kreatif. Di sini saya sertakan gambar pasu yang diperbuat daripada suratkhabar lama. Cantikkan...untuk letak bunga, letak payung. Sekali pandang memang seakan-akan rotan..


Pasukraf yang dipaparkan di atas adalah produk dari kampung. Harga nya pula bermula dari RM10 ke atas mengikut saiz. Kalau ada sesiapa yang berminat boleh la menghubungi saya di talian 013-8023118 ( Kak Mis )

Wednesday, April 27, 2011

Muhasabah Diri

Kekadang kita akan merasa sedih, susah hati memikirkan masalah tentang diri, keluarga dan orang-orang di sekeliling kita. Allah tidak menjadikan manusia untuk bersenang-lenang tanpa di berikan ujian. Tak kira ujian tersebut diberi dalam bentuk kewangan, perasaan, sakit dan lain-lain. Tatkala berasa susah hati, bacalah Doa Supaya Dilapangkan Hati agar hati kita kembali tenang di samping untuk muhasabah diri sendiri. Sesungguhnya Allah s.w.t sangat menyayangi hamba-hambaNya walau kita kekadang lupa padaNya.

DOA SUPAYA DILAPANGKAN HATI

"Ya Allah, lapangkanlah dengan Al-Quran hati kami, mudahkan urusan kami, tinggikan pahala kami, cantikkan akhlak kami, terangi hati kami dan terangi pula dengannya kubur kami, wahai Tuhan Yang Memelihara dan Mentadbirkan Sekalian Alam"
"Ya Allah, berilah kami rezeki supaya dapat mengikuti Nabi s.a.w dari awal hingga akhir, zahir dan batin, perkataan dan perbuatannya dengan rahmatMu Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani. Bukalah bagi kami sebagaimana dibukanya ahli makrifat (3x), kurniakan kami kefahaman para rasul, iman orang2 bertaqwa, Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani"

Sumber : Buku Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din, Pengasas dan Penasihat Darussyifa'

DOA HARI INI

DOA MOHON KESELAMATAN, KESIHATAN DAN TOLAK BALA

Ya Allah sesungguhnya kami adalah hamba-hambaMu, anak-anak dari hamba-hambaMu ya Rahman, ubun-ubun kami ada dalam genggamanMu, telah terdahulu ketetapanMu bagi kami. telah adil qadho dan qadarmu bagi kami, kami meminta dengan nama-namaMu yang telah Engkau sebut untuk diriMu atau yang telah Engkau ajarkan kepada salah seorang hambaMu atau nama yang Engkau rahsiakan dalam ilmuMu yang ghaib, agar Engkau kurniakan kepada kami kesihatn dan keselamatan, afiat dan keselamatan yang kekal dalam agama, dunia dan akhirat dengan rahmatMu Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani.